fb fb fb fb fb

14 cedera dalam letupan di Timur Myanmar

(FOTO HIASAN/ BERNAMA)

YANGON, 16 Julai- Seramai 14 orang dilaporkan cedera dalam satu letupan di negeri Shan timur Myanmar pada Sabtu, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar, lapor Xinhua.

Alat letupan yang disembunyikan di dalam sebuah motosikal diletupkan di hadapan sebuah kedai emas, menurut pasukan itu.

Letupan berlaku sekitar 7.40 pagi (0110 GMT) di pasar utama bandar Lashio di negeri Shan.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengesan suspek utama. - BERNAMA


(FOTO FAIL/ AFP)

Media Baharu