fb fb fb fb fb

Warga Syria suspek tikam mati budak perempuan di Nieuwegein ditahan

FOTO HIASAN

NIEUWEGEIN, 2 Februari- Polis Belanda menahan seorang lelaki yang disyaki menikam hingga maut seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dalam kejadian di bandar Nieuwegein pada Sabtu.

Menurut polis, mangsa diserang di jalan sekitar pukul 3 petang waktu tempatan dan pasukan perubatan gagal menyelamatkan nyawanya.

"Dalam kawasan berhampiran, polis telah menahan seorang suspek lelaki berusia 29 tahun berdasarkan maklumat daripada saksi dan orang awam," kata kenyataan Polis Wilayah Utrecht.

Bagaimanapun, pihak berkuasa belum mendedahkan motif serangan tersebut.

Agensi berita ANP melaporkan bahawa polis mengesahkan suspek berasal dari Syria.

Laporan itu turut menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung dakwaan bahawa suspek bertindak dalam keadaan "keliru" seminggu sebelum serangan berlaku.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE