fb fb fb fb fb

Warga Filipina berkumpul memperingati kematian Moonbin

MANILA, 21 April- Lebih seratus warga Filipina berkumpul di sini pada Khamis bagi memperingati kematian penyanyi Korea Selatan, Moonbin, yang juga ahli kumpulan K-pop Astro.

Lilin dinyalakan dan jambangan bunga diletakkan di sekeliling poster Moonbin di luar New Frontier Theatre, lokasi penyanyi berusia 25 tahun itu membuat persembahan kurang sebulan lalu.

"Malam tadi, keadaan agak mengejutkan, pada mulanya kami tidak mendapat sebarang pengesahan dan kami menunggu kenyataan rasmi.

Akhirnya, kematian itu disahkan, ia menjadi suatu gelombang kesedihan," kata seorang peminat, Miko Yoshiy.

(Peminat berkumpul di luar New Frontier Theatre bagi memperingati kematian Moonbin / Foto REUTERS)

Media tempatan melaporkan penyanyi itu ditemui mati pada Rabu di rumahnya di daerah Gangnam, Seoul. 

Dia disyaki membunuh diri, bagaimanapun polis enggan mengulas lanjut berkenaan kes tersebut.-REUTERS

Media Baharu