fb fb fb fb fb

Krisis Sudan: Guterres rayu gencatan senjata sempena Aidilfitri

NEW YORK, 21 April- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres merayu gencatan senjata dilaksana selama tiga hari di Sudan sempena perayaan Aidilfitri.

Jelas beliau, ia bagi memberi peluang kepada orang awam yang terperangkap di zon perang untuk melarikan diri, mendapatkan rawatan, makanan dan bekalan lain.

"Kita sedang hidup dalam detik yang sangat penting dalam kalendar umat Islam, saya fikir ini adalah saat yang tepat untuk gencatan senjata dilakukan.

Gencatan senjata ini benar-benar penting pada masa ini," kata Guterres kepada pemberita.

(Antonio Guterres, Setiausaha Agung PBB / Foto REUTERS)

Beliau memaklumkannya selepas bertemu secara maya dengan ketua-ketua Kesatuan Afrika, Liga Arab dan blok Afrika serantau Intergovernmental Authority on Development (IGAD) dan organisasi lain yang berkaitan.

"Kami telah berhubung dengan pihak-pihak terlibat, kami percaya ia mungkin boleh dilaksanakan.

Tetapi semua orang mesti bersatu dalam memberi tekanan agar gencatan senjata dilaksanakan dengan berkesan," tambah Guterres.

Pertempuran tercetus antara pasukan tentera dan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 330 orang.-REUTERS

Media Baharu