fb fb fb fb fb

Putera WIlliam ambil tempahan pelanggan di restoran

ENGLAND, 21 April- Pewaris takhta Britain, Putera William membuat kejutan apabila mengambil tempahan telefon daripada seorang pelanggan ketika lawatan diraja di sebuah restoran India di sini, pada Khamis.

Semasa lawatan itu, Putera William yang ditemani isteri, Kate Middleton bercakap dengan seorang pelanggan yang membuat panggilan untuk tempahan dua orang.

Selepas memeriksa dengan pemilik tentang lokasi restoran, Putera William kemudian mengadakan perbincangan dengan pelanggan berkenaan.

(Aksi Putera William dan Kate Middleton ketika menerima panggilan telefon daripada
pelanggan yang ingin menempah meja di restoran berkenaan / Foto REUTERS)

Pelanggan tersebut bertanyakan tentang bila meja kosong dan jika mereka boleh datang ke restoran menaiki kereta api.

"Tempahan atas nama siapa?

Jumpa pukul 2.30 petang nanti," kata Putera William mengakhiri perbualan sambil ketawa.-REUTERS

Media Baharu