fb fb fb fb fb

Saintis Filipina cipta padi tahan cuaca ekstrem

BULACAN, 21 April- Saintis di Filipina menghasilkan padi yang mempunyai kerintangan terhadap cuaca ekstrem terutama kemarau, banjir dan kenaikan paras laut.

Pegawai penyelidik di Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) sedang melakukan uji kaji tersebut di sawah padi yang ditenggelami air di negara itu.

Mereka berharap tanaman yang dapat menahan cuaca ekstrem akan membantu membendung kesan perubahan iklim terhadap pertanian.

Di Los Banos, selatan Manila, petani melakukan percubaan untuk menanam padi yang tahan banjir.

Para saintis berkata, ia boleh bertahan di dalam air sehingga dua minggu, lebih lama daripada padi biasa.

"Dengan perubahan iklim, peningkatan tekanan biotik dan abiotik serta pengurangan jumlah air tersedia, kita memerlukan genetik yang lebih baik untuk padi," kata Shalabh Dixit, saintis kanan dan penternak tumbuhan di IRRI.

(Padi yang mempunyai kerintangan terhadap cuaca dicipta di IRRI bagi
mengurangkan impak iklim terhadap pertanian / Foto REUTERS)

Selain padi kalis banjir, pasukan itu turut membangunkan varieti padi tahan kemarau dan garam.

Seorang petani, Alex Abortiz berkata, wilayah utara Bulacan sememangnya terkenal dengan cuaca kemarau dan padi yang mempunyai ketahanan iklim pasti akan meningkatkan hasil tuaian.

Negara pengeluar beras Asia Tenggara itu biasanya dilanda purata 20 ribut tropika setiap tahun.

Menurut Jabatan Pertanian Filipina, nilai kerosakan pertanian akibat banjir pada tahun 2022 mencecah lebih $670,000.

Dan lebih $450,000 daripada kerosakan tersebut melibatkan tanaman padi.-REUTERS

Media Baharu