fb fb fb fb fb

Penduduk teruja saksikan fenomena gerhana matahari hibrid

BIAK, 21 April- Orang ramai di Papua, Indonesia berkumpul untuk melihat gerhana matahari hibrid yang jarang-jarang berlaku pada Khamis.

Gerhana penuh hanya dapat dilihat di timur Indonesia, beberapa bahagian Australia dan Timor Leste.

Manakala gerhana separa boleh dilihat di ketiga-tiga negara tersebut dan sebahagian Asia Tenggara.

Di Jayapura, ibu kota wilayah Papua, bulan melintasi matahari pada pukul 12.20 tengah hari waktu tempatan, menyebabkan keadaan menjadi gelap dan suhu menurun.

(Orang ramai membawa kelengkapan masing-masing untuk menyaksikan
fenomena gerhana matahari hibrid / Foto REUTERS)

Kali terakhir gerhana hibrid berlaku ialah pada tahun 2013.

Ketika fenomena itu berlaku, gerhana penuh terjadi apabila bulan menutupi matahari sepenuhnya.

Gerhana anulus juga boleh terjadi apabila bulan berada di tengah-tengah matahari dan hanya meninggalkan kesan cahaya di sekelilingnya yang kelihatan seperti cincin.-REUTERS

Media Baharu