fb fb fb fb fb

Roket milik Elon Musk meletup kurang empat minit selepas dilancarkan

TEXAS, 21 April- Roket pengangkut generasi baharu, Starship yang sedang dalam ujian pelancaran, meletup selepas beberapa minit ia dilancarkan pada Khamis.

Roket syarikat SpaceX milik bilionair, Elon Musk yang berketinggian 120 meter itu bagaimanapun diuji tanpa pemandu dan krew penerbangan.

Siaran secara langsung menerusi laman sesawang SpaceX menunjukkan roket berkenaan berjaya dilancarkan ke udara dari pelabuhan angkasa Starbase di timur Brownsville sambil disorak oleh para pegawainya.

Namun, kurang empat minit selepas pelancaran, roket berkenaan meletup di udara.

(Roket Starship meletup di udara kurang empat minit selepas dilancarkan / Foto REUTERS)

Musk bercita-cita untuk membawa manusia ke planet Marikh menjelang tahun 2026 dan percaya bahawa Starship akan menjadi roket yang akan digunakan untuk tujuan itu.-REUTERS

Media Baharu