(Kenyataan tentera Lubnan menyebut
beberapa suspek penculik turut ditahan/Foto Hiasan)
BEIRUT, 30 Mei- Seorang warga Arab Saudi yang diculik di Beirut, berjaya dibebaskan.
Dia diselamatkan dalam satu operasi khas oleh tentera Lubnan, berhampiran sempadan Syria.
Kenyataan tentera Lubnan menyebut, beberapa suspek penculik turut ditahan.
"Seorang peronda perisikan tentera berjaya membebaskan warga Saudi yang diculik, Mashari al-Mutairi semasa operasi khas di sempadan Syria," kata tentera.
"Sebilangan daripada mereka yang terlibat dalam penculikan itu turut ditahan," tambahnya.
Menurut sumber kanan keselamatan Lubnan kepada AFP, berdasarkan maklumat awal, warga Saudi itu telah diculik oleh penyerang tidak dikenali yang berpakaian anggota keselamatan di sebuah restoran.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati dalam reaksinya mengucapkan tahniah atas kejayaan tentera membebaskan mangsa dan penahanan suspek.-AFP
(Seorang warga Arab Saudi yang diculik di Beirut, berjaya dibebaskan/Foto Hiasan)