fb fb fb fb fb

Selepas ditutup akibat perang, Muzium Sanaa dibuka semula buat sementara

(Foto Reuters)

SANAA, 30 Mei- Selepas ditutup selama lebih sedekad akibat konflik di Yaman, Muzium Negara Sanaa telah membuka pintunya kepada orang ramai, untuk tempoh dua minggu.

Ia ditutup pada 2012 berikutan perang yang berlaku.

Timbalan Pengarah Muzium, Abdullah Isaaq berkata muzium itu dibuka semula untuk memaparkan artifak purba yang telah ditemui pihak berkuasa daripada penyeludup.

"Kami mulakan dengan menyambut Hari Muzium Antarabangsa dan ini merupakan langkah pertama dalam proses pembukaan semula muzium, insya-Allah. Kami mula (mempamerkan) koleksi barang antik yang dirampas," jelas Isaaq.

Beliau berkata, muzium itu menempatkan kira-kira 2,000 artifak yang telah dipulangkan dalam tempoh 15 tahun lepas.

(Beberapa artifik yang dipamerkan di Muzium Sanaa/Foto Reuters)

Sementara itu, menurut Setiausaha Bawahan Pihak Berkuasa Am Antikuiti Yaman, Ibrahim al-Hadi sebahagian daripada sebab muzium itu kekal ditutup untuk sekian lama adalah untuk memastikan perlindungan artifak, terutama semasa perang.

Selain itu, disebabkan kekurangan belanjawan operasi.

"Punca utama adalah kekurangan sumber, di samping perang yang dikenakan kepada kita.

"Kami kini dalam proses menyiapkan beberapa prosedur dan akan mencari pembiayaan bagi membolehkan kami memulihkan dan membuka semula muzium itu, insya-Allah," tambahnya.-REUTERS

Media Baharu