(Kehadiran panda putih yang berjaya dirakam baru-baru ini/Reuters)
SICHUAN, 30 Mei- Kamera pengawasan di wilayah Sichuan, China baru-baru ini berjaya merakam kehadiran seekor panda gergasi putih yang jarang ditemui.
Menurut CCTV, rakaman tersebut disiarkan televisyen kerajaan, pada Ahad.
Visual panda putih itu dirakam di Hutan Simpan Nasional Wolong yang menunjukkan binatang itu sedang berjalan, menyeret buluh dan berinteraksi dengan panda hitam putih yang lain.
Penyelidik yang dipetik media kerajaan berkata panda itu dianggarkan berumur lima atau enam tahun.
Imej panda yang sama pertama kali dirakam pada April 2019 sekitar lokasi sama, ketika ia berusia dua hingga tiga tahun, lapor CCTV.
Bagaimanapun, tiada imej hadapan yang jelas dirakam pada masa itu.
Panda putih berkenaan dipercayai albino dan mungkin satu-satunya seumpamanya di dunia, lapor media negara China.-REUTERS
(Panda albino yang berjaya dirakam di China/Reuters)