(Foto Hiasan)
VIENNA, 30 Mei- Sebuah hospital di selatan Austria terbakar pada Isnin, mengakibatkan tiga orang maut.
Menurut kenyataan agensi kesihatan serantau, kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan.
"Punca kebakaran belum dapat dipastikan," kata jurucakap hospital di Modling, kira-kira 14 kilometer (9 batu) dari Vienna.
Pihak berkuasa memberitahu 33 buah kenderaan bersama 170 anggota bomba dan pasukan Palang Merah telah dihantar untuk memadamkan kebakaran.
Api berjaya dikawal dua jam kemudian.
Pesakit di hospital berkenaan telah dipindahkan ke kemudahan lain dan siasatan terhadap punca kebakaran sedang dilakukan, kata mereka.-AFP
(Kebakaran dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan/Foto Hiasan)