(Foto Reuters)
KIEV, 30 Mei- Bandar Kiev terus menjadi sasaran serangan Rusia pada awal pagi Selasa, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut manakala empat lagi cedera.
"Serangan besar-besaran itu datang dari arah berbeza, dalam beberapa gelombang," kata pentadbiran tentera.
Letupan dan tembakan itu kedengaran di seluruh bandar dalam serangan ketiga Rusia ke atas Ukraine dalam masa 24 jam.
(Sebahagian peluru berpandu dilihat di jalan selepas
serangan Rusia di Kiev pada 29 Mei 2023/Foto Reuters)
Rusia telah melancarkan beberapa siri serangan ke atas Kiev bulan ini menggunakan gabungan dron dan peluru berpandu.
Kebanyakan serangan dilakukan pada waktu malam untuk menimbulkan tekanan psikologi kepada orang ramai, kata pegawai bandar itu.
Dalam pada itu, serangan yang dibuat menandakan serangan maut kedua ke atas ibu negara Ukraine pada Mei dan ke-17 sejak awal bulan.-REUTERS