fb fb fb fb fb

Wanita psikopat rogol, bunuh kanak-kanak 12 tahun di Paris didakwa

(Gambar yang diambil di Paris pada 17 Oktober 2022 ini menunjukkan jambangan bunga yang diletakkan
di pintu masuk bangunan tempat tinggal Lola, seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun
yang ditemui mati dalam sebuah beg pakaian / AFP)

PARIS, 18 Oktober- Penyiasat Paris pada Isnin mendakwa seorang wanita yang disyaki merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Mayatkanak-kanak itu ditemui dalam sebuah beg pada Jumaat.

Suspek utama, dikenal pasti sebagai wanita berusia 24 tahun itu menghidap gangguan psikiatri, disoal siasat awal Isnin bersama seorang lelaki tua yang disyaki melindunginya.

Wanita itu didakwa atas tuduhan merogol dan membunuh kanak-kanak bawah 15 tahun bersama dengan penyeksaan dan penderaan, kata sumber itu.

Dia ditangkap pada hari Sabtu di Bois-Colombes di pinggir barat laut Paris.

Gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pangsapuri  menunjukkan Lola memasuki bangunan diiringi suspek pada 3.20 petang, namun tiada pergerakan keluar.

Seorang saksi yang turut melihatnya di tempat kejadian berkata bahawa dia telah menawarkan wang kepadanya untuk membantunya mengalihkan sebuah beg, lapor beberapa media.

Penyiasat mengesyaki seorang lelaki berusia 43 tahun turut disoal siasat pada Isnin kerana melindungi wanita itu dan membawanya ke dalam kenderaan di mana dia ditemui.

Ibu bapa Lola menghubungi polis selepas anak perempuan mereka tidak pulang dari sekolah menengah pada petang Jumaat, juga pada masa sama tidak senang dengan kehadiran wanita muda yang tidak dikenali itu di bangunan kediaman mereka.

Beberapa jam kemudian mayat gadis muda itu ditemui oleh seorang gelandangan di luar blok pangsapuri, hanya beberapa lorong dari rumah mangsa, kira-kira 11.30 malam.

Mayat itu mempunyai kesan luka besar di lehernya. Bedah siasat yang dijalankan pada Sabtu mendapati Lola meninggal dunia akibat sesak nafas, kata satu sumber.

Setakat ini, enam orang telah ditahan berhubung kes itu. Penduduk tempatan meletakkan bunga di pintu pagar bangunan keluarga pada hujung minggu.

Sementara itu, pihak berkuasa sekolah telah mengumumkan akan menyediakan bantuan psikologi untuk kakitangan dan murid di Sekolah Menengah Lola dan sekolah-sekolah lain di kawasan itu.

Seorang ibu memberitahu AFP bahawa anak perempuannya, yang mengenali Lola, "tidak sihat hari ini, dia tidak mahu pergi ke sekolah."

"Hari ini sudah tiba masanya untuk berkabung dan untuk siasatan, yang nampaknya berjalan dengan pantas," kata Datuk Bandar daerah ke-19 Francois Dagnaud semasa lawatan ke sekolah Georges-Brassens.

“Apa yang penting, suspek utama buat masa ini telah ditahan, tiada psikopat yang berkeliaran di jalan-jalan kejiranan ini,” tambahnya selepas ibu bapa tempatan melaporkan kebimbangan terhadap keselamatan anak mereka. -AFP


(Orang ramai berjalan melepasi jambangan bunga yang diletakkan di luar bangunan di Paris

pada 17 Oktober 2022, tempat tinggal seorang pelajar sekolah berusia 12 tahun, bernama Lola,
tiga hari selepas mayatnya ditemui dalam sebuah beg pakaian / AFP)

 

Media Baharu