fb fb fb fb fb

Imran Khan menang besar dalam pilihan raya kecil Pakistan

Foto Reuters

PAKISTAN, 17 Oktober- Bekas Perdana Menteri, Imran Khan memenangi enam daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya dalam pilihan raya kecil, hujung minggu lalu.

Imran Khan menganggap sebagai kejayaan peribadi bagi bekas bintang pemain kriket antarabangsa itu.


(Imran Khan menang besar dalam pilihan raya kecil Pakistan / Foto Reuters)

Bagaimanapun, parti beliau Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) mengalami sedikit kekalahan yang sebelum ini memegang kesemua lapan kerusi.

Parti Imran hanya tewas dua kerusi Dewan Undangan Negeri kepada Parti Rakyat Pakistan (PPP), ahli gabungan pemerintah pimpinan Perdana Menteri Shehbaz Sharif.

Individu di Pakistan boleh bertanding di pelbagai kawasan pada pilihan raya dan boleh memilih kerusi untuk dilepaskan jika menangi lebih daripada satu kawasan.

Suruhanjaya Pilihan Raya setakat ini hanya mengadakan pilihan raya kecil di lapan dari puluhan kawasan.

Imran Khan berikrar untuk mengadakan perarakan penyokongnya di ibu negara bagi mendesak kerajaan supaya mengumumkan pilihan raya lebih awal daripada yang dijadualkan pada Oktober tahun depan.

Politik Pakistan yang mempunyai 220 juta penduduk terus bergolak dengan Imran khan mendakwa lawannya memperoleh kuasa menerusi komplot yang disokong kuasa asing.-AFP

Media Baharu