fb fb fb fb fb

Taufan badai Filipina, tenggelamkan kawasan penempatan dan pertanian

Foto Reuters

MANILA, 17 Oktober- Ribut tropika yang membadai utara Filipina semalam bertukar taufan dengan hujan yang menenggelamkan kampung serta kawasan pertanian.

Menurut agensi pemantauan bencana, hampir seribu penduduk telah digesa berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

 
(Biro cuaca Filipina memaklumkan, ribut tropika yang membadai utara Filipina, semalam bertukar
lebih buruk menjadi taufan dengan membawa bersama hujan menenggelamkan kampung serta kawasan pertanian/Foto Reuters)

Dalam satu perkongsian oleh seorang penduduk pekan Claveria di wilayah Cagayan, banjir besar telah menenggelamkan rumah termasuk mengakibatkan pokok tumbang kerana tiupan angin kencang.

Biro cuaca memaklumkan, taufan yang menghasilkan angin berkelajuan 120 km sejam itu dijangka akan bertambah kuat ketika bergerak menuju ke arah Laut China Selatan.

Dalam pada itu, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dalam satu hantaran di Twitter memaklumkan, bantuan kerajaan sedang dalam perjalanan ke kawasan terjejas.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya lapan terkorban termasuk lima anggota penyelamat, manakala enam nelayan dilaporkan hilang akibat Taufan Noru yang membadai wilayah sama.

Menurut maklumat polis dan pihak berkuasa, lima anggota pasukan keselamatan berkenaan lemas di wilayah Bulacan ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir sebelum bot dinaiki mereka terbalik.-REUTERS

Media Baharu