PALESTIN, 17 Oktober- Beribu-ribu warga Palestin menghadiri pengebumian seorang penduduk yang ditembak mati oleh tentera Israel semasa pertempuran di Tebing Barat.
Rakyat Palestin menyertai perarakan pengebumian Mujahed Dawood, yang meninggal dunia di hospital akibat ditembak tentera Israel.
(Foto AFP)
Tentera rejim melepaskan tembakan terhadap rakyat Palestin semasa tunjuk perasaan berhampiran bandar Qarawet Bani Hassan pada hari Sabtu.
Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan, seorang warga Palestin meninggal dunia akibat terkena tembakan, manakala tiga lagi cedera parah.
Insiden itu susulan ketegangan yang semakin meruncing sejak tentera Israel memulakan operasi kekerasan di Tebing Barat .
Rakyat Palestin melihat serbuan di kampung mereka sebagai tindakan pencerobohan bagi meluaskan jajahan Israel .
Israel telah menawan Tebingan Barat sejak 1967, ketika menawan wilayah itu daripada Jordan.
Sejak awal tahun ini, lebih 100 pejuang dan orang awam Palestin terbunuh.
Selain itu, jumlah tahanan Palestin yang mati di penjara Israel sejak tahun 1967 mencecah 230 orang.
Ketika ini, rejim Zionis menahan kira-kira 4,400 rakyat Palestin, termasuk pejuang dan penduduk yang menyertai protes.-AFP