fb fb fb fb fb

Wanita masih hidup dibawa keluar selepas 122 jam terperangkap

TURKIYE, 11 Februari - Pasukan penyelamat Turkiye mengeluarkan wanita yang terselamat daripada runtuhan bangunan selepas terperangkap 122 jam akibat gempa paling dahsyat di rantau itu dalam tempoh dua dekad, kata pihak berkuasa pada Sabtu.

Video daripada Reuters menunjukkan Masallah Cicek berusia 55 tahun dibawa dengan pengusung selepas dia dikeluarkan daripada serpihan bangunan di Diyarbakir, bandar terbesar di tenggara Turkiye.

Orang ramai menjerit "Tuhan Maha Besar" manakala yang lain kedengaran menangis teresak-esak ketika wanita itu dibawa ke ambulans.

(FOTO REUTERS)

Kira-kira 80,000 orang sedang dirawat di hospital, manakala 1.05 juta kehilangan tempat tinggal akibat gempa itu dan kini sedang bersesak di pusat perlindungan sementara, tambahnya.

Angka kematian melebihi 24,150 di seluruh selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Sabtu, berikutan gempa bumi 7.8 magnitud Isnin, dengan beberapa gegaran susulan kuat. - REUTERS

Media Baharu