fb fb fb fb fb

Pereka Prabal Gurung perkenal koleksi peribadi musim luruh, sejuk

NEW YORK, 11 Februari - Kepulangan Prabal Gurung ke tanah airnya, Nepal, membantunya mencipta koleksi peribadi untuk musim luruh /musim sejuk.

Pereka yang berpangkalan di New York itu memperkenalkan barisan baharunya dalam Minggu Fesyen New York (NYFW) pada Jumaat dan berkata kepulangan beliau itu membawanya kepada asal usulnya.

“Di situlah hubungan rohani dan perhubungan semula saya. Kami bercakap tentang ketidakkekalan semasa membesar. Kami bercakap tentang metamorfosis, semua penjelmaan semula," katanya kepada Reuters.

Koleksi itu menampilkan fesyen bahu besar, 'crop top' dan banyak hiasan.

(Prabal Gurung/FOTO REUTERS)

Antara selebriti yang hadir pada Minggu Fesyen New York termasuk Kimora Lee Simmons dan anak perempuannya, Becky G dan rakan-rakan pereka lain.

NYFW akan berakhir pada 15 Februari depan selepas lebih 70 pereka mempersembahkan koleksi mereka. - REUTERS

Media Baharu