fb fb fb fb fb

11 paus sirip pendek terdampar di Sri Lanka, diselamatkan

SRI LANKA, 11 Februari- Sebelas paus sirip pendek telah diselamatkan selepas terdampar berhampiran di pantai barat Sri Lanka pada awal pagi Sabtu, kata pegawai hidupan liar kepada AFP.

Pasukan tentera laut bersama-sama nelayan tempatan membantu usaha menyelamat berhampiran perkampungan Kudawa.

"Terdapat 14 daripada kumpulan dan tiga mati ketika diselamatkan," kata pegawai hidupan liar Eranda Gamage.

"Mereka terpaksa dibawa ke laut yang lebih dalam supaya mereka tidak kembali ke pantai. Tentera laut membawa kumpulan paus itu ke kawasan sesuai sebelum melepaskan mereka."

Paus sirip pendek boleh membesar sehingga enam meter panjang dengan berat satu tan.

Punca berkenaan kejadian itu masih belum diketahui, walaupun kajian mengenai perkara itu telah dilakukan oleh saintis sejak beberapa dekad.

Pada November 2020, penyelamat Sri Lanka berjaya menyelamatkan 120 paus sirip pendek.

Tiga ekor paus sirip pendek dan seekor ikan lumba-lumba mati akibat kecederaan terdampar di pantai Panadura, selatan ibu negara Colombo.- AFP

(Paus sirip pendek dibawa ke kawasan laut dalam/AFP)

Media Baharu