fb fb fb fb fb

Wanita dari KL seludup 22 jenis ular ditahan di Lapangan Terbang Chennai

(22 ekor ular spesies berbeza dirampas di Lapangan Terbang Chennai/FOTO Twitter Kastam Chennai)

NEW DELHI, 30 April - Sekurang-kurangnya 22 ekor ular spesies berbeza ditemui dalam bagasi seorang penumpang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur, di lapangan terbang Chennai pada Jumaat lalu.

Menurut laporan media tempatan Hindustantimes, wanita itu ditahan pihak kastam sebaik tiba dari Kuala Lumpur pada 28 April lalu.

"Seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur dengan penerbangan AK13 (AirAsia) telah diperiksa oleh Kastam Chennai. Setelah memerika bagasinya sebanyak 22 spesies ular dan seekor Bunglon ditemui dan dirampas di bawah undang-undang kastam dan perlindungan hidupan liar," menurut Twitter Kastam Chennai.

Dalam pada itu, pihak berkuasa lapangan terbang India turut menemui seekor Bunglon.

Sebuah video dari lapangan terbang Chennai menunjukkan pegawai menangkap beberapa ekor ular berkenaan dengan menggunakan peralatan khas penjerut ular.

Manakala beberapa ekor ular turut berkeliaran di atas lantai.

Pada awal Januari tahun ini, 45 ekor ular sawa, tiga ekor marmoset (monyet), lapan ekor ular jagung dan kura-kura dirampas di Chennai daripada seorang penumpang yang tiba dari Bangkok pada 11 Januari lalu.

(22 jenis ular pelbagai spesies dirampas dalam sebuah bagasi seorang penumpang wanita tiba dari Kuala Lumpur/FOTO Chennai Kastam)

Media Baharu