CALAIS, 22 Mei 2025 – Seorang wanita dan seorang kanak-kanak maut di pesisir utara Perancis ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris menuju ke Britain.
Insiden itu menjadikan jumlah pencari suaka yang terkorban dalam tempoh 10 hari terakhir meningkat kepada lima orang.
Menurut pentadbiran kawasan Maritim Selat dan Laut Utara Perancis, kedua-dua mangsa ditemukan mati di atas sebuah bot sesak yang membawa kira-kira 85 migran.
Pihak berkuasa Perancis dan UK telah berulang kali memberi amaran tentang risiko yang bakal dihadapi mereka, namun tetap berdepan cubaan
menyeberangi selat sempit yang padat dengan kapal itu, yang kebanyaknnya berakhir dengan tragedi.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 15 migran dilaporkan maut sejak awal tahun 2025 ketika cuba menyeberang ke England. - AFP