fb fb fb fb fb

AS tidak sertai sidang kemuncak G20 di Afrika Selatan

Foto AFP

LOS ANGELES, 21 Mei - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio pada Selasa berkata Presiden Donald Trump tidak akan menyertai sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang akan datang di Afrika Selatan tahun ini.

"Kami memutuskan untuk tidak menyertai G20 tahun ini yang dianjurkan oleh Afrika Selatan, sama ada di peringkat Kementerian Luar atau peringkat presiden, dan keputusan ini sebahagian besarnya berpunca daripada beberapa isu yang dimasukkan dalam agenda mereka yang, pada pandangan kami, tidak mencerminkan keutamaan pentadbiran ini," kata Rubio semasa pendengaran Jawatankuasa Hubungan Luar Senat.

Hubungan antara Afrika Selatan dan AS merosot selepas Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menandatangani Akta Pengambilalihan (undang-undang pengambilan balik tanah) pada Januari.

Pada Mac, AS mengusir Duta Afrika Selatan ketika itu, Ebrahim Rasool, sekali gus memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Ramaphosa kini berada di AS dan dijadualkan bertemu Trump bagi membincangkan isu perdagangan dan hubungan dua hala.- BERNAMA

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN