fb fb fb fb fb

Wanita cari anak hilang ditembak mati

(Esmeralda Gallardo (KIRI) dan anaknya Betzabe Alvarado / Foto Twitter)

PUEBLA, 5 Oktober- Seorang aktivis Mexico yang mencari anak perempuannya yang hilang awal tahun lalu ditembak mati pada Selasa menjadikan ia pembunuhan terbaharu salah seorang saudara kepada ramai orang hilang di negara itu.

Esmeralda Gallardo, yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan yang dipanggil The Voice of the Disappeared, ditembak mati dalam perjalanan ke tempat kerja di pusat bandar Puebla, kata pendakwa raya.

Sejak lebih setahun, dia telah terdesak mencari anak perempuannya Betzabe Alvarado yang hilang.

Wanita berusia 22 tahun itu kali terakhir dilihat pada Januari 2021 bersama rakannya di kawasan tempat geng pemerdagangan seks beroperasi.

"Mereka mengambilnya daripada saya," kata Gallardo dalam temu bual dengan laman web berita tempatan beberapa bulan lalu.

"Jika dia dapat mendengar saya, saya akan memberitahunya bahawa saya mencintainya dan saya masih mencarinya. Ibunya tidak meninggalkannya," tambahnya.

Pihak berkuasa berkata mereka akan menyiasat sama ada pembunuhan Gallardo ada kaitan dengan kehilangan anak perempuannya.

Saudara-mara orang hilang yang lain juga telah dibunuh di Mexico, di mana lebih daripada 100,000 orang disenaraikan sebagai telah hilang dan mencari mereka boleh membawa risiko yang besar.- AFP


(Polis berkawal di lokasi kejadian Esmeralda Gallardo ditembak mati / REUTERS)

Media Baharu