fb fb fb fb fb

Pesawat tentera terhempas di lapangan terbang, dua terbunuh

(Asap berkepul-kepul daripada pesawat yang terhempas / AFP)

BAMAKO, 5 Oktober- Dua anggota tentera terbunuh dan 10 orang cedera selepas sebuah kapal terbang buatan Rusia milik tentera Mali terhempas ketika mendarat di lapangan terbang di bandar Gao utara Mali pada hari Selasa, kata tentera.

Pesawat itu adalah pesawat tempur jenis Sukhoi SU-25 yang kembali dari misi bantuan di wilayah itu, menurut kenyataan Angkatan Tentera Mali.

Juruterbang dan seorang kru darat pesawat terbuh.

Dua orang awam dan lapan anggota tentera cedera, dua daripadanya dalam keadaan serius.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Mali, insiden tersebut kini sedang dalam siasatan, walaupun "pada peringkat ini" ia bukan "tindakan bermusuhan".

Lapangan terbang itu ditutup beberapa jam selepas nahas itu tetapi kini beroperasi sepenuhnya, tambahnya.

Gao adalah ousat kepada salah satu pangkalan tentera utama di utara Mali di mana tenteranya memerangi pemberontakan dengan bantuan pejuang Rusia yang diupah. -REUTERS


(Rakaman video pesawat Sukhoi SU-25 beberapa saat sebelum terhempas / AFP)

Media Baharu