fb fb fb fb fb

Walt Disney bakal buang pekerja lagi dalam gelombang kedua

(FOTO AFP)

LOS ANGELES, 25 April - Walt Disney bakal memulakan gelombang kedua pemberhentian pekerjanya apabila sebelum ini memberhentikan seramai 7,000 pekerja bagi menjimatkan kos sebanyak AS$5.5 bilion.

Syarikat berkenaan dijangka memberhentikan 'beberapa ribu' lagi pekerja dalam pemberhentian yang bermula Isnin dan berterusan hingga Khamis ini.

Dengan pusingan pengurangan terkini, pegawai Disney berkata syarikat tersebut akan memberhentikan sejumlah 4,000 pekerja.

Pemberhentian pekerja terbabit akan membabitkan seluruh segmen perniagaan syarikat termasuk Disney Entertainment, ESPN dan Disney Parks, Experiences and Products, menurut sumber.

Tetapi ia tidak dijangka akan menjejaskan pekerja barisan hadapan yang bekerja di taman dan pusat peranginan.


(Walt Disney bakal memulakan gelombang kedua pemberhentian pekerjanya/AFP)

Disney mengumumkan rancangan pemberhentian pekerjanya pada Februari lalu, bersama-sama penyusunan semula secara menyeluruh bagi menstruktur semula syarikat serta mengembalikan pembuat keputusan kepada eksekutif kreatif Disney.

Matlamatnya adalah untuk mewujudkan pendekatan yang lebih diperkemas kepada perniagaannya.

Industri hiburan berdepan pemberhentian pekerja sejak ia mula menggunakan penstriman video dan syarikat media terkenal rugi berbilion dolar apabila ia cuba bersaing dengan Netfilx Inc.

Sebilangan syarikat media mula mengawal perbelanjaan masing-masing apabila Netflix melaporkan kerugian pertamanya dalam masa 10 tahun pada awal tahun 2022 dan Wall Street mula memberi keutamaan kepada keuntungan berbanding pertumbuhan pelanggan. - REUTERS

Media Baharu