fb fb fb fb fb

China rancang bina pangkalan internet di bulan

CHINA, 24 April- China merancang untuk membina pangkalan internet angkasa yang berpusat di bulan untuk meningkatkan ketersambungan dan navigasi misi penerokaan angkasa lepas.

Menurut Ketua Pereka Program Penerokaan Bulan China, Wu Weiren, China kini sedang membina rangkaian satelit di sekeliling bulan.

"Kami sedang membina rangkaian satelit di sekeliling bulan, sistem yang boleh menyediakan perkhidmatan komunikasi, navigasi dan pengesanan jarak jauh.

Selepas itu, kami boleh menjalankan penerokaan angkasa lepas," katanya.

Rangkaian satelit tersebut dijangka menjamin navigasi yang tepat dan komunikasi lancar untuk pendaratan probe tanpa pemandu dan kapal angkasa berawak.

"Kemudian kami juga akan membina internet angkasa lepas berpusat di bulan yang menjalankan fungsi seperti komunikasi, navigasi, pengesanan jarak jauh dan lain-lain. Dengan berbuat demikian, kami akan dapat menukar infrastruktur angkasa lepas yang berpusatkan bumi kepada sistem berpusat bulan yang boleh diperluaskan kepada skop yang lebih luas dalam sistem suria.

Dengan internet, bulan akan mempunyai akses kepada program TV, permainan serta rangkaian WiFi dan angkasawan tidak akan pernah bosan di bulan," ujarnya lagi.

(Tangkap layar animasi menunjukkan model asas stesen
penyelidikan bulan / Foto REUTERS)

China sedang meneruskan fasa keempat projek penerokaan bulannya termasuk misi Chang'e-6, Chang'e-7 dan Chang'e-8 pada pendikit penuh.

Menerusi tiga misi berkenaan, China menyasarkan untuk menyelesaikan pembinaan model asas stesen penyelidikan bulan antarabangsa di kutub selatan bulan menjelang 2030.-REUTERS

Media Baharu