fb fb fb fb fb

Krisis Syria: Moscow jadi tuan rumah pertemuan Turkiye, Syria, Rusia, Iran

ANKARA, 24 April- Menteri pertahanan Turkiye, Hulusi Akar memaklumkan beliau merancang untuk bertemu rakan sejawatannya dari Syria, Rusia dan Iran di Moscow esok.

Pertemuan itu sebagai usaha untuk membina semula hubungan Ankara-Damascus selepas bertahun-tahun permusuhan ekoran perang Syria.

"Mesyuarat tiga pihak yang diadakan di Moscow pada 28 Disember lalu dengan penyertaan pegawai Turkiye, Rusia dan Syria, adalah tempat pertukaran pandangan bersama dan persetujuan dicapai untuk menyambung semula pertemuan ini dengan penyertaan Iran.

Matlamat kami adalah untuk menyelesaikan masalah melalui rundingan dan membawa keamanan dan ketenteraman di rantau ini secepat mungkin,” katanya.

(Hulusi Akar, Menteri pertahanan Turkiye / Foto REUTERS)

Akar menambah bahawa ketua perisikan negara juga akan menghadiri mesyuarat di Moscow.-REUTERS

Media Baharu