fb fb fb fb fb

Sekolah UNRWA di Gaza mesra alam, unik

GAZA, 24 April- Sekolah Agensi Bantuan dan Kerja Raya Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) menjadi sekolah mesra alam yang unik di Gaza.

Sekolah berkenaan dikelilingi banyak kawasan hijau, taman permainan yang luas, dilengkapi panel solar dan loji pembersihan air.

Ia dibina pada tahun 1965 dan telah diubah suai serta dirasmikan pada 2021.

"Sekolah ini mempunyai dinding berkembar yang melindungi daripada suhu dan bunyi bising, kawasan hijau dan taman, kawasan yang luas, terdapat tenaga solar dan loji pembersihan air," kata ketua sekolah UNRWA timur Gaza, Reham Ammar.

(Antara kawasan di dalam sekolah yang dijadikan lokasi pembelajaran / Foto REUTERS)

Selain mesra alam, sekolah tersebut juga direka dengan menjadikan kesejahteraan pelajar sebagai keutamaan.

"Kemudahan yang unik di sekolah saya dan menjadikannya berbeza daripada sekolah lain ialah kawasan luar yang luas dan hijau.

Ia digunakan untuk beberapa kelas pendidikan, aktiviti rekreasi dan sokongan psikologi, serta membolehkan perkembangan diri dan sosial pelajar," ujar pengetua sekolah, Mai Al-Nabahin.

Dibina di atas tanah berkeluasan 5,000 meter persegi, sekolah itu juga menyediakan tempat perlindungan buat pelarian dalam kes kecemasan.-REUTERS

Media Baharu