fb fb fb fb fb

Enam anak harimau putih lahir di China

CHINA, 24 April- Enam anak Harimau Bengal Putih dilahirkan di zoo tempatan di Zhengzhou, ibu kota Wilayah Henan.

Kelahiran enam anak harimau putih pada satu masa merupakan kejadian yang jarang berlaku.

Ia sekaligus menjadikan pemeliharaan dan penjagaannya sebagai cabaran besar buat penjaga zoo.

Spesies yang turut digelar 'harimau putih' itu merupakan variasi Harimau Bengal Oren.

Oleh kerana bulu berwarna putih terhasil daripada gen rosak yang diturunkan daripada induk, jenis harimau sedemikian sangat terancam.

Pihak zoo menggunakan teknik pembiakan buatan dalam inkubator dengan suhu tetap untuk memudahkan ibu harimau membesarkan anak-anaknya.

(Anak harimau putih perlu penjagaan rapi termasuk diberi
susu setiap dua jam / Foto REUTERS)

Penjaga zoo telah membangunkan pelan keibubapaan khas untuk menjaga mereka sepanjang masa, termasuk memberi anak-anak harimau tersebut susu setiap dua jam sekali.

Selain, mengurut perut mereka untuk membantu penghadaman dan perkumuhan serta menimbang berat setiap hari.

"Bagi ibu harimau, jika dia menjaga anaknya sendiri, dia akan tertekan. Oleh itu, kami segera menggunakan kaedah pembiakan buatan.

Kami membawa enam ekor anak itu ke tapak semaian, dan kakitangan zoo kami kemudian bertindak sebagai 'ibu bapa manusia' untuk menjaga mereka," kata Xu Fu, ketua Jabatan Pengurusan Haiwan zoo berkenaan.-REUTERS

Media Baharu