fb fb fb fb fb

China cipta hampir tiga juta peluang pekerjaan baharu pada Januari-Mac

CHINA, 24 April- Sebanyak 2.97 juta peluang pekerjaan baharu dicipta di China dalam tempoh tiga bulan pertama 2023.

Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial pada Isnin, kadar pengangguran bagi kawasan bandar berada pada paras 5.3 peratus.

Pada suku pertama, ekspo kerjaya telah dianjurkan di bandar bersaiz sederhana dan besar di seluruh negara untuk golongan muda termasuk graduan kolej.

Acara pengambilan pekerja pada musim bunga menawarkan peluang pekerjaan untuk 4.2 juta pencari kerja setakat pertengahan April.

(Orang ramai menghadiri ekspo kerjaya yang menawarkan pelbagai
peluang pekerjaan / Foto REUTERS)

Sementara itu, 58,000 siri pengambilan pekerja telah dilancarkan di seluruh negara dengan menawarkan 38 juta peluang pekerjaan buat pekerja asing dan mereka yang menghadapi kesukaran.

Inisiatif pengangkutan dari rumah ke tempat kerja juga dilaksana untuk membantu dua juta pekerja asing kembali bekerja selepas musim cuti tahunan Festival Musim Bunga.

Pada suku pertama, lebih 2.61 juta baucar telah diserahkan untuk latihan vokasional, dengan pemberian subsidi untuk 3.5 juta orang.-REUTERS

Media Baharu