fb fb fb fb fb

'Pyramid' diberi nafas baharu menerusi mural gergasi

ABIDJAN, 24 April- Sebuah mural gergasi dihasilkan di bahagian luar 'Pyramid', iaitu bangunan 15 tingkat di ibu kota Ivory Coast yang terbiar sejak 20 tahun lalu.

Projek yang dinamakan 'Pyramid 2023, tomorrow is already born' dihasilkan oleh pelukis tempatan dan antarabangsa.

Inisiatif itu bertujuan memberi nafas baharu kepada bangunan tersebut yang menjadi simbol kemakmuran Ivory Coast pada tahun 1970-an.

Menteri Pembinaan dan Urbanisme, Bruno Nabagne Kone berkata, pengubahsuaian mesti menghormati seni bina asal bangunan, memandangkan struktur semasa berada dalam keadaan baik.

(Mural gergasi dihasilkan pada bahagian luar 'Pyramid' bagi memberi nafas baharu
kepada bangunan ikonik yang terbiar itu / Foto REUTERS)

Sementara itu menurut arkitek, Issa Diabate, banyak bangunan yang dibina di daerah perniagaan Plateau di Abidjan dikenali di peringkat antarabangsa.

"Penduduk Ivory harus belajar melihat warisan seni bina yang berada di sekeliling mereka," katanya-REUTERS

Media Baharu