fb fb fb fb fb

Ethiopia adakan rundingan dengan pemberontak Oromo

(FOTO REUTERS)

ADDIS ABABA, 24 April-Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed berkata kerajaan pimpinannya akan mengadakan dialog terbuka dengan kumpulan pemberontak yang masih aktif di Oromia, daerah terbesar dan mempunyai populasi terbesar mengelilingi ibu negara, Addis Ababa.

"Rundingan damai bersama tentera pemberontak Oromo akan bermula pada Rabu di Tanzania", kata Abiy pada Ahad.

"Kerajaan Ethiopia dan rakyat sangat-sangat memerlukan rundingan ini.

"Saya menyeru setiap orang untuk memainkan peranan masing-masing", kata Abiy lagi.

Pasukan pemberontak Oromo (OLA) telah menentang pihak kerajaan Eithiopia setelah kerajaan berpecah pada 2018 setelah mengumumkan pemberontakan bersenjata.

Abiy atau pun Ola tidak memberi butiran lanjut berkaitan format rundingan baharu, pengantara atau lokasi dimana rundingan akan diadakan.

OLA dalam satu kenyataan berkata kerajaan Ethiopia telah menerima syarat kumpulan terbabit untuk rundingan damai, termasuk penglibatan perantara pihak ketiga yang bebas dan komitmen untuk mengekalkan ketelusan sepanjang proses.

"Ini merupakan perkara penting dan langkah positif ke arah mewujudkan keamanan yang berpanjangan di wilayah Oromia", kata kenyataan itu lagi.

"Sejak bermulanya konflik OLA secara konsisten menggesa diadakan rundingan damai sebagai penyelesaian yang konkrit. ia merupakan sesuatu yang murni apabila kerajaan Eithiopia mempunyai visi yang sama.

Oromia telah menderita dengan pembunuhan etnik beramai-ramai dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang dilakukan oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Kumpulan OLA sering kali menuduh kerajaan pimpinan Abiy bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut tetapi dinafikan Abiy.-AFP


(Perdana Menteri Eithiopia, Abiy Ahmad/ Foto REUTERS)

Media Baharu