fb fb fb fb fb

Israel bom wad jantung Hospital Al-Shifa hari ini

FOTO AFP

GAZA, 12 November- Serangan udara Israel memusnahkan wad jantung hospital terbesar di Gaza, Al-Shifa, hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Gaza, Youssef Abu Rish berkata, bangunan dua tingkat itu telah musnah sepenuhnya.

"Penjajah (Israel) memusnahkan sepenuhnya Jabatan Jantung Hospital Al-Shifa. Bangunan dua tingkat itu telah musnah sepenuhnya dalam serangan udara," katanya.

Saksi lain turut mengesahkan serangan berkenaan.

Pihak tentera zionis masih tidak memberikan sebarang komen kepada agensi berita antarabangsa, AFP yang bertanya mengenai serangan terbabit. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN:
Penembak tepat Israel tembak empat pesakit di Hospital Al-Shifa

SITI AISHAH BINTI MD ISA