fb fb fb fb fb

Wabak COVID-19 masih tidak menentu - WHO

(Dalam tempoh 28 hari terakhir, lebih 23,000 kematian dan tiga juta kes baharu
telah dilaporkan kepada WHO/AFP)

GENEVA, 19 April - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa pandemik COVID-19 masih tidak menentu, mungkin terdapat masalah lebih lanjut sebelum virus itu merebak dalam corak yang boleh diramal.

Dalam tempoh 28 hari terakhir, lebih 23,000 kematian dan tiga juta kes baharu dilaporkan kepada WHO, dalam konteks ujian yang dikurangkan.

"Walaupun jumlahnya semakin berkurangan, masih ramai yang mati dan masih ramai yang sakit," kata Pengarah Kecemasan WHO Michael Ryan dalam sidang media.

Menurutnya virus pernafasan tidak berpindah daripada pandemik kepada fasa endemik, sebaliknya bergerak ke tahap aktiviti rendah dan berpotensi mencetus kemuncak wabak bermusim.

"Kami tidak mematikan suis pandemik," kata Ryan.

"Kemungkinan besar kita akan melihat gelombang berubah kepada corak yang boleh diramal."

Jawatankuasa Kecemasan WHO Mengenai COVID-19 bermesyuarat setiap tiga bulan dan akan berhimpun pada awal Mei.

Seperti dalam mesyuarat sebelumnya, ia akan memutuskan sama ada virus itu masih merupakan Kecemasan Kesihatan Awam Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) tahap amaran tertinggi yang boleh dikeluarkan oleh agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu itu.

Ryan berkata virus itu tidak akan dihapuskan, sebaliknya menjadiseperti influenza, masih menyebabkan penyakit pernafasan yang ketara kepada orang yang terdedah.

WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai PHEIC pada 30 Januari 2020, apabila terdapat kurang daripada 100 kes dan tiada kematian di luar China.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus kemudiannya mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada Mac 2020. -AFP


(Wabak COVID-19 masih tidak menentu - WHO/REUTERS)

Media Baharu