fb fb fb fb fb

PBB suara kebimbangan AS pintas komunikasinya

(Antonio Guterres berucap pada sesi ke-22 Forum Tetap Mengenai Isu Orang Asli di Dewan
Perhimpunan Agung ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/AFP)

NEW YORK, 19 April- Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi menyatakan kebimbangan tentang tindakan Amerika Syarikat melakukan pengawasan terhadap komunikasi Setiausaha Agung Antonio Guterres, kata jurucakapnya Stephane Dujarric.

"PBB secara rasmi menyatakan kebimbangannya berhubung laporan baru-baru ini bahawa komunikasi Setiausaha Agung dan pegawai kanan PBB lain telah menjadi subjek pengawasan dan campur tangan kerajaan AS," menurut Dujarric.

Tindakan sedemikian kata Dujarric, "tidak konsisten dengan obligasi (AS) yang disenaraikan dalam piagam PBB dan konvensyen mengenai keistimewaan dan kekebalan Pertubuhan Bangsa Bersatu."

Amerika Syarikat telah memintas sekurang-kurangnya empat perbualan Guterres dengan pegawai PBB lain termasuk mengenai Ukraine, menurut Washington Post, memetik dokumen sulit Pentagon.

Pendakwa raya AS minggu lalu mengemukakan tuduhan terhadap seorang juruterbang berusia 21 tahun yang didakwa membocorkan ratusan dokumen rahsia AS mengenai perang di Ukraine serta penilaian risikan di bahagian lain dunia. -AFP

(PBB suara kebimbangan AS pintas komunikasinya)

Media Baharu