fb fb fb fb fb

Seperempat rakyat Sudan Selatan terjejas banjir tahunan

(FOTO UNHCR)

JUBA, 19 April- Hampir satu perempat daripada penduduk Sudan Selatan terjejas akibat banjir yang berulang, menurut laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan suruhanjaya bantuan dan pemulihan kerajaan.

Banjir empat tahun berturut-turut telah memberi kesan kepada lebih 2.6 juta orang di seluruh negara, memaksa ramai penduduk menanam buah-buahan dan daun-daun liar untuk mencari rezeki, menurut laporan itu.

“Jalan dan jambatan telah dihanyutkan, kemudahan kesihatan ditinggalkan atau musnah, tanaman dan padang rumput ditenggelami air, keluarga musnah dan ibu bapa dipisahkan daripada anak mereka,” kata pengerusi suruhanjaya itu Manase Lomole Waya.

Banjir itu juga menyebabkan kematian 172 orang yang terperangkap dalam banijr.

“Orang ramai dan masyarakat yang terjejas kebanyakannya bergantung kepada sokongan saudara mara dan rakan-rakan, memancing, memakan buah-buahan dan daun-daun liar, menjual haiwan, serta bantuan kemanusiaan yang terhad,” menurut laporan tersebut.

Banjir tahunan sejak 2019, fenomena yang dikaitkan oleh ramai pakar dengan perubahan iklim telah mengubah 10% tanah pertanian Sudan Selatan menjadi paya. -AFP

(1 daripada 4 rakyat Sudan Selatan terjejas banjir tahunan/File AFP)

Media Baharu