fb fb fb fb fb

Wabak campak ragut nyawa 74 kanak-kanak di wilayah Badakhshan



FOTO BERNAMA


FAIZABAD, 6 Februari - Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak maut akibat wabak campak di wilayah Badakhshan utara Afghanistan dalam tempoh dua bulan ini.

“Terdapat sejumlah kes campak di beberapa daerah Badakhshan, termasuk Kuf Ab, Darwaz, Kohistan serta ibu kota wilayah Faizabad dan kawasan pinggiran sejak dua bulan lalu,"

“Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak meninggal dunia selepas dijangkiti penyakit itu di daerah Kuf Ab dan Kohistan,” kata Pengerusi Lembaga Pengarah Penerangan dan Kebudayaan wilayah Maazudin Ahmadi.

Meliputi Kuf Ab, Darwaz, Kohistan serta ibu kota wilayah Faizabad dan kawasan pinggiran.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Lembaga Pengarah Penerangan dan Kebudayaan wilayah, Maazudin Ahmadi.

Kebanyakan kanak-kanak yang terkorban tinggal di kawasan tanpa kehadiran pegawai kesihatan awam dan kemudahan vaksin. - BERNAMA

 

Media Baharu