FOTO AFP
MANILA, 6 Februari- Calon-calon pilihan raya Filipina akan berdepan tekanan Selasa ini untuk memulakan kempen rasmi mereka, dengan anak lelaki bekas diktator, Ferdinand Marcos mengetuai saingan presiden ketika beliau dilihat berusaha membina kebangkitan semula bagi legasi keluarganya.
Keturunan politik, selebriti dan bekas banduan antara pesaing yang akan bertanding untuk merebut lebih 18,000 jawatan dalam pemilihan 9 Mei depan, dengan saingan banyak bertumpu terhadap usaha untuk menggantikan pemimpin berkuasa, Rodrigo Duterte.
Lebih 35 tahun selepas Filipina bangkit daripada pemerintahan diktator bapanya, tinjauan pengundi menunjukkan Ferdinand Marcos Jr menuju ke arah kemenangan besar, selepas kempen media sosial besar-besaran berjaya meningkatkan sokongannya.
Ia juga didorong gandingan hebat bersama anak perempuan pertama dan calon Naib Presiden Duterte, Marcos Jr, salah seorang tokoh paling polarisasi di Filipina, yang berikrar untuk menyatukan negara dan memberi masa depan sebaiknya untuk rakyat.
Di Filipina, presiden dan naib presiden dipilih secara berasingan.
Usaha untuk melucutkan kelayakan Marcos Jr dalam sabitan cukai selama berdekad-dekad mencetuskan perbalahan awam antara pegawai pilihan raya, sementara dakwaan menghidu kokain dan rasuah dalam kalangan calon presiden sudah mencetuskan fitnah sehingga mengheret suasana politik huru-hara.
Seperti biasa, personaliti politik akan mendahului saingan bagi kebanyakan kira-kira 65 juta pengundi yang bakal menentukan siapa yang akan disokong.
"Ini akan menjadi kempen yang dikuasai oleh personaliti dan dinasti politik, bukannya pertandingan ke atas dasar atau ideologi ekonomi," kata penganalisis Kumpulan Eurasia, Peter Mumford.
Presiden yang akan berundur biasanya mengenal pasti pengganti pilihan mereka, yang diharapkan dapat menghalangnya dari dipenjara sama seperti melindungi warisan mereka.
Namun, Duterte berdiam diri sejak pilihannya, Senator Christopher Go, menarik diri daripada saingan.
Tinjauan menunjukkan Marcos Jr, yang lebih dikenali sebagai 'Bongbong', mendahului dalam saingan lima calon yang dipercayai akan merebut jawatan presiden.
Naib Presiden, Leni Robredo, berada jauh di tempat kedua, diikuti Datuk Bandar, Francisco Domagoso, juara tinju, Manny Pacquiao serta bekas ketua polis, Panfilo Lacson.
"Tiada apa-apa yang ditetapkan, ia saingan yang sangat longgar," kata penganalisis politik, Richard Heydarian dalam taklimatnya.
Kemenangan untuk Marcos Jr akan menandakan kemunculan semula politik diktator dari golongan kontroversi, yang pernah dihantar ke dalam buangan Amerika Syarikat (AS) selepas kejatuhan memalukan mereka pada 1986.
Diktator itu menyokong pencabulan hak asasi manusia yang meluas untuk mengekalkan kawalannya ke atas negara dan membenarkan rompakan besar-besarannya, dengan beribu-ribu orang dibunuh atau diseksa, kata kerajaan Filipina sebelum ini.
Penentang yang cuba menghalang kepulangan keluarga Marcos ke istana presiden sudah memfailkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya supaya anak lelakinya itu dihalang untuk bersaing atas sabitan terdahulu kerana gagal memfailkan penyata cukai pendapatan.
Marcos Jr berjaya mengatasi salah satu cabaran dihadapi, namun keputusan penting beberapa lagi kes yang mendorong kehilangan kelayakannya sudah ditangguhkan.
"Saya rasa ada cukup ruang untuk melepaskannya. Negara ini mungkin akan huru-hara jika 'Bongbong' hilang kelayakan," kata seorang pemerhati lama politik Filipina.
Marcos Jr cuba mempertahankan pemerintahan bapanya ketika rejim itu berkuasa sebelum ini, namun persoalan mengenai masa lalu keluarganya dan kekayaan yang didakwa diperoleh secara haram sudah menjadi punca kegusaran.
Sementara Robredo, yang menewaskan Marcos Jr pada saingan Naib Presiden pada 2016, menyertai saingan presiden berikutan tekanan daripada penyokong dan kumpulan pembangkang.
Biarpun kempennya yang didorong oleh sukarelawan sudah menarik minatnya dengan progresif, personalitinya yang lemah lembut menjejaskan daya tarikannya di negara itu.
Profesor sains politik Universiti Filipina, Jean Franco berkata - "Kami mahukan seorang pemimpin yang bersemangat," katanya. - AFP