fb fb fb fb fb

Vietnam umum presiden baharu pada Oktober - Media kerajaan

Bendera nasional Vietnam/Reuters

HANOI, 27 Ogos- Perhimpunan Kebangsaan Vietnam akan memilih presiden baharu pada Oktober depan yang merupakan presiden ketiga negara itu dalam tempoh kurang dua tahun.

"Perhimpunan Kebangsaan akan melengkapkan jawatan presiden pada sesi tetapnya Oktober ini," lapor media kerajaan Voice of Vietnam hari ini.

Ketika ini presiden semasa To Lam dinamakan sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam serta Ketua Parti Komunis berikutan kematian pendahulunya Nguyen Phu Trong pada Julai lepas.

Trong memegang kedua-dua jawatan itu sejak antara Oktober 2018 dan April 2021.

Jawatan presiden adalah salah satu peranan utama dalam struktur kepimpinan empat tonggak Vietnam, yang turut merangkumi setiausaha agung Parti Komunis -- jawatan tertinggi -- perdana menteri dan ketua Dewan Negara. -AFP

SITI AISHAH MD ISA