fb fb fb fb fb

Vietnam hukum mati dua warga Korea Selatan edar, seludup dadah

Kesemua tertuduh berdiri semasa perbicaraan mereka kerana mengedar dadah di Bandar Ho Chi Minh hari ini/AFP

HANOI, 12 November - Dua warga Korea Selatan antara 18 individu yang dijatuhi hukuman mati atas tuduhan menyeludup dan mengedar dadah di Vietnam, lapor media kerajaan.

Bekas pegawai polis Korea Selatan Kim Soon-sik, 63, dan rakan senegara Kang Seon-hok, 30, dijatuhi hukuman mati selepas perbicaraan selama empat hari.

Sementara itu seorang warga China, Li Tian Guan, 58, dan ketua sindiket warga Vietnam, Le Ho Vu, 36, turut dijatuhi hukuman mati.

Keputusan itu dibuat selepas mereka didapati bersalah kerana menyimpan, mengedar dan memperdagangkan lebih daripada 216kilogram dadah secara haram antara Mei dan Jun 2020, lapor media kerajaan Cong an Nhan.

Dilaporkan lebih daripada 168 kilogram pelbagai jenis dadah dirampas.

Mana-mana pihak didapati bersalah memiliki atau mengedar lebih 600 grams heroin atau lebih dari 20 kilo candu boleh berhadapan dengan hukuman mati.

Narkotik itu diperdagangkan dari Kemboja ke Bandar Ho Chin Minh, menurut Vu, sesetengah dadah itu "digunakan di dalam negara" manakala yang lain dibawa ke Korea Selatan, kata Cong an Nhan.

Pada 19 Julai lalu, pegawai berkuasa membuat serbuan dalam satu operasi di Bandar Ho Chin Minh ketika sebuah trak kontena bersiap sedia pelepasan kastam untuk dihantar ke Korea Selatan

Di dalam kontena tersebut, pihak berkuasa Vietnam menemui 40 bungkusan plastik mengandungi kristal putih dengan jumlah syabu sebanyak 39.5kilogram.

Kerajaan Vietnam mempunyai salah satu undang-undang pencegahan penyeludupan dadah yang paling ketat di dunia.

Wilayah 'Segi Tiga Emas' merangkumi Thailand, Vietnam dan Myanmar suatu ketika dahulu dikenali sebagai kawasan penyeludupan candu dan heroin terbesar dunia.

Tetapi gelaran itu telah diambil alih oleh Afghanistan.

Pada 2017, mahkamah Vietnam menjatuhkan hukuman mati lapan individu pengedar dadah kerana menyeludup heroin ke China.

Sejak 2013, Vietnam telah melaksanakan hukuman mati dengan suntikan maut yang menggantikan hukuman mati oleh skuad penembak. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN