CARACAS, 26 Ogos- Venezuela pada Isnin mengumumkan penempatan seramai 15,000 anggota tentera di sempadannya dengan Colombia, bagi memperkukuh keselamatan serta memerangi aktiviti penyeludupan dadah di rantau berkenaan.
Menteri Dalam Negeri Venezuela, Diosdado Cabello berkata operasi itu akan memberi tumpuan di negeri Zulia dan Tachira dengan penggunaan dron, bot, pesawat serta pelbagai kenderaan bagi rondaan di kawasan sempadan.
Menurutnya, langkah itu bertujuan memperkukuh kawalan keselamatan selain mengekang aliran keluar masuk narkotik.
Pengumuman tersebut dibuat ketika kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat berada di Caribbean selatan sebagai sebahagian operasi membanteras kartel dadah di seluruh Amerika Latin.
Cabello turut menggesa kerajaan Colombia supaya mempertingkat kawalan di lintasan sempadan negara itu susulan penempatan tentera Venezuela. - REUTERS