fb fb fb fb fb

Venezuela gantung penerbangan dari Colombia

Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado / AFP

CARACAS, 20 Mei- Venezuela menggantung penerbangan dari negara Jiran, Colombia pada Isnin, waktu tempatan.

Ia berikutan dakwaan terdapat cubaan melakukan pencerobohan rentas sempadan untuk mensabotaj Pilihan Raya Perundangan dan Wilayah di Venezuela.

Arahan itu dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Diosdado Cabello.

"Kami mengarahkan agar semua penerbangan dari Colombia ke Venezuela digantung serta-merta," kata Cabello dalam sidang media.

Beliau turut memaklumkan setakat ini seramai 38 orang telah ditangkap, termasuk 17 warga asing.

Bagaimanapun tempoh larangan itu tidak didedahkan.

Pihak berkuasa penerbangan awam Colombia mengesahkan penerbangan komersial antara kedua-dua negara telah digantung.

Berdasarkan makluman kepada AFP, Kementerian Luar di Bogota telah mengaktifkan 'saluran diplomatik' untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Terdahulu kerajaan Venezuela pimpinan Presiden Nicolas Maduro yang dipilih semula untuk penggal ketiga, ditolak sebahagian besar komuniti antarabangsa.

Bagaimanapun beliau mendakwa menjadi sasaran plot rampasan kuasa oleh kumpulan disokong Amerika Syarikat dan Colombia.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID