BENGALURU, 20 Mei– Penduduk di Bengaluru, India terpaksa meredah air paras pinggang selepas hujan lebat pada Isnin menyebabkan banjir di beberapa kawasan bandar.
Pasukan penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terperangkap dalam rumah serta kenderaan. Manakala aktiviti harian penduduk terjejas teruk akibat limpahan air dan kerosakan infrastruktur.
Seorang penduduk, Masiah, berkata banjir seperti ini sering berlaku kerana masalah sistem masalah perparitan.
"Disebabkan itu, kolej, sekolah dan tempat kerja semuanya terjejas," katanya.
India yang mempunyai populasi seramai 1.4 bilion orang, bergantung kepada hujan untuk sektor pertanian dan bekalan air.
Namun, hujan lebat yang berterusan menyebabkan bencana seperti banjir, terutama di kawasan bandar yang mengalami masalah saliran.-REUTERS