FOTO GOOGLE
BRITAIN, 4 Februari- Britain meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 kelima dalam usaha mengekang penularan varian Omicron.
Vaksin Nuvaxovid diluluskan untuk warga Britain yang berusia 18 tahun ke atas.
Vaksin itu memenuhi piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang diperlukan.
Menurut Agensi Pengawalseliaan Produk Ubat dan Penjagaan Kesihatan UK,
pihak berkuasa British dan Novavax telah bersetuju untuk membekalkan 60 juta dos suntikan dan bekerjasama dalam ujian peringkat akhir untuk vaksin di negara itu.
Pada Jun tahun lalu , vaksin berkenaan didapati lebih 90 peratus berkesan dalam percubaan Amerika Syarikat terhadap pelbagai varian termasuk Delta.
Manakala data awal dari Disember juga mencadangkan ia akan berfungsi terhadap varian Omicron.
Bagaimanapun vaksin yang sama belum diluluskan sebagai dos penggalak. -REUTERS