FOTO GOOGLE
SEPANYOL, 4 Februari- Sekurang-kurangnya seorang migran lemas manakala 16 lagi hilang selepas perahu mereka terbalik di Lautan Atlantik pada Rabu.
Jurucakap kerajaan Sepanyol berkata, tragedi berlaku kira-kira 35 kilometer dari Pulau Fuerteventura.
Sebuah kapal pengawal pantai membawa 41 mangsa terselamat beserta satu mayat ke Pelabuhan Gran Tarajal di Fuerteventura.
Timbalan ketua perwakilan kerajaan Kepulauan Canary, Teresa Mayans berkata, beberapa mangsa yang terselamat memaklumkan, 16 rakan mereka hilang di laut.
Menurut data Kementerian Dalam Negeri, pulau-pulau Sepanyol di luar pantai Afrika Barat menjadi destinasi utama migran yang cuba menyeberang ke Eropah.
Sejumlah 22, 316 PATI tiba di Pulau Canary secara haram pada 2021, berbanding 23, 271 pada tahun sebelumnya.
Kumpulan hak asasi, Walking Borders mendakwa lebih 4, 400 migran termasuk sekurang-kurangnya 205 kanak-kanak hilang di laut ketika cuba menuju ke Sepanyol pada 2021.
Ini lebih dua kali ganda berbanding 2020 dan paling ramai sejak 2018. -AFP