FOTO REUTERS
MAGHRIBI, 5 Februari- Kerja menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam lubang perigi sedalam 32 meter di wilayah Chefchaoen, utara Maghribi sedang giat dijalankan.
Pihak berkuasa yang dibantu dengan mesin jentolak memenuhi kawasan tersebut selepas kanak-kanak, yang dikenali sebagai Rayan itu dilaporkan terjatuh sejak Selasa lalu.
Insiden berlaku di Kampung Ighran yang juga kawasan tumpuan pelancong utara Chefchaouen.
Budak itu bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan sedar selepas pihak berkuasa meletakkan kamera bagi melihat situasi kanak-kanak lelaki itu.
Dia juga dibekalkan topeng oksigen dan bekalan makanan serta air selepas tiga hari terperangkap di dalam lubang.
Bukan sahaja pegawai perubatan, malah sebuah helikopter juga sudah bersedia di sekeliling tapak pencarian sebaik kerja menyelamat berjaya dilakukan.
Sebelum ini, Khalid Agoram, bapa kepada kanak-kanak itu, melaporkan bahawa anaknya hilang sebelum mendapati telah terperangkap di dalam lubang. -REUTERS