fb fb fb fb fb

Utara Sepanyol dilanda gelombang haba

Keadaan di Bilbao, Spain/ REUTERS

SEPANYOL, 12 Ogos- Gelombang haba telah melanda Sepanyol sejak kebelakangan ini, dengan wilayah utara negara itu dilanda panas luar biasa iaitu melebihi 40 darjah Celsius pada Ahad.

Suhu meningkat pada hujung minggu di seluruh Sepanyol tetapi kawasan utara Laut Cantabrian lebih sejuk sekali gus mencetuskan amaran "risiko cuaca melampau" di wilayah Cantabria dan negara Basque, kata perkhidmatan cuaca AEMET.

Bilbao, sebuah kawasan di Basque merupakan salah satu bandar yang turut terjejas ekoran cuaca panas melampau.

Orang ramai kelihatan memakai topi dan menggunakan kipas bagi mengelakkan daripada terik matahari.

"Ia terlalu panas, anda tidak boleh hanya berada di jalanan, mahupun di pantai," kata Josefa Castillo kepada Reuters.

Seorang pelancong Belgium, Patrick Heremans berkata, cuaca di sini sangat panas, "kami tidak biasa dengan suhu seperti ini. Kami bercadang untuk ke muzium kerana di sana terdapat penghawa dingin," katanya.

Bagaimanapun Kementerian Kesihatan Sepanyol turut membuat hebahan kepada orang ramai suaya minum air mencukupi dan mengelakkan aktiviti luar yang boleh menyebabkan terdedah kepada cahaya matahari.

Menurut perkhidmatan cuaca Sepanyol, suhu dijangka mula berkurang pada Isnin.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI