fb fb fb fb fb

Usai dilanda banjir, kini penduduk Auckland diancam Taufan Gabrielle

FOTO REUTERS

AUCKLAND, 11 Februari- Penduduk di Auckland, New Zealand kini bersiap sedia menghadapi Taufan Gabrielle selepas dua minggu dilanda kejadian banjir besar yang mengorbankan empat nyawa,

Situasi dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya, selain kawasan yang terjejas menanggung kemusnahan yang teruk.

Pihak berkuasa bimbang taufan Gabrielle akan melambatkan usaha pemulihan.

Menurut Timbalan Pengawal Pengurusan Kecemasan Auckland, Rachel Kelleher, penambahan angin kencang dan lonjakan ribut memberi risiko dan kesan berganda daripada banjir besar yang melanda Auckland bulan lepas.

Pihak berkuasa menggesa penduduk menyediakan keperluan dengan bekalan penting, makanan dan air untuk bertahan tiga hari dan memberi amaran gangguan elektrik boleh menjejaskan mesin tunai automatik.

Taufan Gabrielle berkemungkinan membadai Pulau Utara New Zealand pada Ahad ini sehingga Selasa depan.

Terdahulu, Auckland dilanda banjir akibat daripada hujan lebat berterusan pada penghujung Januari lalu.

Cuaca buruk itu juga menyebabkan laluan keluar masuk penerbangan terpaksa dibatalkan demi mengelakkan insiden buruk.

Menurut Datuk Bandar Auckland, Wayne Brown, kerja pembersihan bandar Auckland akan menjadi cabaran yang besar. - REUTERS


(FOTO REUTERS)

 

Media Baharu