TEXAS, 11 Februari- SpaceX melakukan ujian percubaan pelancaran dengan menghidupkan sistem roket Starship buat pertama kalinya pada Khamis.
Ia merupakan antara siri awal ujian menjelang penerbangan orbit sulungnya dalam tempoh beberapa bulan.
Ketua eksekutifnya, Elon Musk, menerusi ciapan di laman Twitter berkata 31 daripada 33 enjin roket Raptor Super Heavy dihidupkan selama kira-kira 10 saat di pangkalan SpaceX di Boca Chica, Texas.
Roket Starship setinggi 23 tingkat itu adalah lebih tinggi daripada Patung Liberty pada ketinggian 120 meter.
Misi SpaceX merupakan cita-cita Musk untuk meneroka planet Marikh.
Sementara itu, Presiden SpaceX, Gwynne Shotwell berkata misi ujian berlepas dari Texas dan mendarat di luar pantai Hawaii mungkin akan dilakukan seawal-awalnya bulan depan.
Tarikh tepat penerbangan pula bergantung pada keputusan ujian kebakaran statik.
Pembangunan Starship dibiayai sebahagiannya oleh kontrak AS$3 bilion dolar Amerika daripada NASA.
Pentadbiran aeroangkasa itu merancang untuk menggunakan roket SpaceX dalam beberapa tahun akan datang untuk mendaratkan krew pertama angkasawan di bulan sejak 1972.-AFP
(Ketua Eksekutif SpaceX, Elon Musk/REUTERS)